Clik Me.
Monday, May 5, 2008
Apa itu Vector dan Raster
Dipetik dari http://azmanzainal.com-(source)
Special thank for En Azman Zainal
Ada yang bertanya pada saya apakah bezanya vector dan raster image? Atau ada juga yang bertanya adakah Photoshop dan Illustrator berbeza? Jawapannya, ya! Sudah pastinya berbeza.
Sebelum kita pergi lagi lanjut, biarlah saya menerangkan apakah definisi kedua-dua jenis image tersebut.
Imej Vector
Definisi Vector
Images defined by sets of straight lines, defined by the locations of the end points. At larger magnifications, curves may appear jagged. This condition is call aliasing. www.wrightcolorgraphics.com/v.htm
Definisi ini saya kutip dari www.wrightcolorgraphics.com/v.htm dan saya rasa definisi ini terlalu umum dan tidak dapat memberi penjelasan seperti yang saya mahukan. Jadi biarlah saya yang memberi penerangan kepada anda apakah image vector tersebut.
Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.
Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.
Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
- Logo
- Animasi
- Kartun
- Clip art
- Button
- Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
- Adobe Illustrator
- Corel Draw
- AutoCAD
- Macromedia/Adobe Flash
- Macromedia FreeHand
Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior Designer.
Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah. Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.
Imej Raster
Definisi Raster
A graphic image stored as a specific arrangement of screen dots, or pixels. Web graphics are bitmap images. A graphic which is defined by specifying the colors of dots or pixels which make up the picture. Common types of bitmap graphics are GIF, JPEG and TIFF. www.lehigh.edu/~kko2/wwd/glossary.html
Raster imej tertakluk kepada dot per inch atau dot per pixel. Ini bermakna sekiranya anda cuba untuk besarkan saiz imej tersebut maka petak-petak imej akan kelihatan dan kualiti juga berkurangan. Imej-imej raster adalah kebiasaan yang anda selalu lihat seperti Jpg, Gif, PNG, Bitmap dan lain-lain.
Imej-imej ini selalunya tidak bertujuan “direka wujudkan” tetapi selalunya digunakan untuk manipulasi menggunakan software-sofware seperti:-
- Adobe Photoshop
- Windows Paint
- Corel Photo Paint
- Macromedia Fireworks
- Dan lain-lain
Tentu anda confuse mengapa sebelum ini saya mengatakan Adobe Illustrator popular digunakan oleh web designer sedangkan ianya adalah untuk me-reka imej vector dan bagaimana pula boleh dibuat imej bagi web?
Ya, jawapannya sudah tentu boleh kerana file-file imej vector tersebut kemudiannya akan diconvert menjadi raster dengan anda savekan filenya dalam bentuk jpg gif png dan lain-lain.
Setakat ini artikel ringkas saya mengenai vector dan raster. Sekiranya ia tidak mencukupi atau anda mempunyai soalan atau cadangan atau pembetulan, silalah kemukakan di ruangan komen artikel ini untuk dikongsi bersama.
1 comment:
Salam Bro.. Terima kasih kerana sudi berkongsi post saya di sini. Cuma ada sedikit yang saya kurang puas hati.
Link saya tu tak linking ke web saya terus tetapi hanya sekadar text. (Tiada Backlink)
"Dipetik dari" sepatutnya berada di atas artikel bkn di bawah.
Maaf mengganggu bro dan terima kasih kerana menghargai artikel saya :)
-Azman Zainal
www.AzmanZainal.com
Post a Comment